Sunday, September 28, 2014

INTERNAL QUALITY CONTROL (IQC) DAN PENYELESAIAN MASALAH

SAIRI SATARI
Pegawai Sains Kimiahayat

BAHAGIAN 2

TARGET MEAN, SD DAN CV

Target mean, SD dan CV yang diabadikan dalam graf Levey Jennings akan digunapakai selagi lot QC yang sama digunakan sebagai material untuk memantau kualiti ujian makmal. Oleh itu, pengiraan  target mean, SD dan CV perlu memenuhi kriteria berikut;
·         Minima data 20 dari lot QC yang hendak digunapakai dan data membentuk taburan normal,
·         Analisa sampel QC perlu melibatkan beberapa lot kalibrator dan pertukaran lot reagent,
·         Penglibatan beberapa operator dalam penyediaan larutan kalibrator, QC dan analisisa,
·         Penggunaan glass pipette yang sesuai semasa menyediakan larutan kalibrator dan QC.

Kriteria di atas perlu dipenuhi kerana target mean, SD dan CV membawa maksud tersurat iaitu ralat sistematik dan ralat random. Ralat-ralat ini dijelmakan sebagai target mean dan target SD dan diabadikan dalam graf Levey Jennings sebagai mean ±2SD. 2SD. Ia adalah nilai 95% confident limit. Ralat yang wujud ini perlu konsisten selagi kita menggunakan lot QC yang sama. Pertambahan ralat atau kewujudan ralat baru menyebabkan perubahan target mean dan target SD. Oleh itu kita perlu mengira mean, SD dan CV setiap bulan. Nilai mean setiap bulan perlu sama dengan target mean secara statistik dan CV setiap bulan perlu kurang dari target CV. Perubahan lot QC memerlukan kita mengira semula target mean dan SD.

Taburan normal dapat dikenalpasti apabila set data memberi nilai mean, median dan mode yang sama (mean=median =mode)

Taburan normal
Mean +/- 2 SD
Setiap kali kita menganalisa sampel QC, keputusan QC perlu berada dalam julat mean + 2SD atau mean -2SD dalam keadaan seimbang. Oleh kerana kita sukar untuk menentukan keputusan QC berada dalam julat mean + 2SD atau mean - 2SD yang seimbang, maka graf Levey Jennings digunapakai dalam memantau QC harian. Westgard rule pula digunakan untuk memantauan ralat sistematik dan ralat random semasa proses analitikal.




Graf Levey Jenning
Multi Westgard rule

Penyediaan larutan QC dan kalibrator perlu menggunakan glass pipette yang sesuai. Jika kita ingin menyediakan larutan 5 ml, maka kita perlu menggunakan pipette 5ml dan bukannya pipette 10 ml. begitu juga untuk menyediakan larutan 1ml, kita perlu menggunakan glass pipette 1 ml. Setiap pipette mempunyai uncertainty. Pipette yang mempunyai isipadu yang besar mempunyai uncertainty yang besar, begitu juga sebaliknya.


 BERSAMBUNG






No comments:

Post a Comment