INTERNAL QUALITY CONTROL (IQC) DAN
PENYELESAIAN MASALAH
SAIRI SATARI
Pegawai
Sains Kimiahayat
BAHAGIAN 2
TARGET MEAN, SD DAN CV
Target mean, SD dan CV yang diabadikan
dalam graf Levey Jennings akan digunapakai selagi lot QC yang sama digunakan
sebagai material untuk memantau kualiti ujian makmal. Oleh itu, pengiraan target mean, SD dan CV perlu memenuhi kriteria
berikut;
·
Minima
data 20 dari lot QC yang hendak digunapakai dan data membentuk taburan normal,
·
Analisa
sampel QC perlu melibatkan beberapa lot kalibrator dan pertukaran lot reagent,
·
Penglibatan
beberapa operator dalam penyediaan larutan kalibrator, QC dan analisisa,
·
Penggunaan
glass pipette
yang sesuai semasa
menyediakan larutan kalibrator dan QC.
Kriteria di atas perlu dipenuhi kerana
target mean, SD dan CV membawa maksud tersurat iaitu ralat sistematik dan ralat
random. Ralat-ralat ini dijelmakan sebagai target mean dan target SD dan
diabadikan dalam graf Levey Jennings sebagai mean ±2SD. 2SD. Ia adalah nilai
95% confident limit. Ralat yang wujud
ini perlu konsisten selagi kita menggunakan lot QC yang sama. Pertambahan ralat
atau kewujudan ralat baru menyebabkan perubahan target mean dan target SD. Oleh
itu kita perlu mengira mean, SD dan CV setiap bulan. Nilai mean setiap bulan
perlu sama dengan target mean secara statistik dan CV setiap bulan perlu kurang
dari target CV. Perubahan lot QC memerlukan kita mengira semula target mean dan
SD.
Taburan normal dapat dikenalpasti
apabila set data memberi nilai mean, median dan mode yang sama (mean=median
=mode)
![]() |
Taburan normal |
![]() |
Mean +/- 2 SD |
Setiap kali kita menganalisa sampel
QC, keputusan QC perlu berada dalam julat mean + 2SD atau mean -2SD dalam
keadaan seimbang. Oleh kerana kita sukar untuk menentukan keputusan QC berada
dalam julat mean + 2SD atau mean - 2SD yang seimbang, maka graf Levey Jennings
digunapakai dalam memantau QC harian. Westgard
rule pula digunakan untuk memantauan ralat sistematik dan ralat random semasa
proses analitikal.
![]() |
Graf Levey Jenning |
![]() |
Multi Westgard rule |
Penyediaan larutan QC dan kalibrator
perlu menggunakan glass pipette yang
sesuai. Jika kita ingin menyediakan larutan 5 ml, maka kita perlu menggunakan pipette 5ml dan bukannya pipette 10 ml. begitu juga untuk
menyediakan larutan 1ml, kita perlu menggunakan glass pipette 1 ml. Setiap pipette mempunyai uncertainty. Pipette yang mempunyai isipadu yang besar mempunyai uncertainty yang besar, begitu juga sebaliknya.
BERSAMBUNG